
AYUH PELAJARI !

Mempelajari Konsep Bimbingan Kerjaya
Ayuh kita luaskan lagi lensa pengetahuan kepada memahami apa yang dimaksudkan dengan Bimbingan Kerjaya.
Bimbingan Kerjaya ?

1
Definisi
Merupakan proses pendidikan yang melibatkan maklumat yang diberikan kepada pelajar dalam usaha membantu pelajar maju secara progresif ke arah matlamat yang diingini. (Myrick, 1997). Biasanya disediakan oleh pendidik profesional seperti guru dan kaunselor serta dibantu oleh sistem sokongan yang lain.
Jadi, bimbingan kerjaya adalah sebahagian daripada program bimbingan yang direka untuk membantu pelajar dalam pembangunan kerjaya.
2
Maklumat
-
Memberi pendedahan awal tentang peluang kepada pelajar untuk meneruskan bidang yang diminati dan maklumat berkaitan kerjaya yang ingin diceburi oleh pelajar.
-
Menyampaikan maklumat kerjaya kepada para pelajar supaya mereka melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.
3
Kepentingan
1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang kerjaya yang diingini.
2. Membantu pelajar mengenal pasti jenis personaliti dan kerjaya yang sesuai dengan personaliti mereka.
3. Membantu individu membuat persediaan awal untuk peralihan dari sekolah ke alam pekerjaan sebenar.
4. Menambahkan pengetahuan pelajar tentang kerjaya tertentu melalui aktiviti yang dijalankan.