top of page
Mempelajari Konsep
Kaunseling Kerjaya !

Jom kita memahami konsep Kaunseling Kerjaya dengan lebih mendalam dan terperinci lagi.

Pink Sugar

Definisi

- Kaunseling Kerjaya adalah satu proses interpersonal yang direka bentuk bagi membantu individu-individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri dalam kerjaya (Brown & Brook, 1986).

 

- Kaunseling kerjaya merupakan suatu proses psikologi sepanjang hayat yang berinteraksi secara dinamik dengan peranan lain dalam kehidupan. Masalah kerjaya merangkumi ketidakupayaan membuat pilihan, ketegangan dan penyesuaian, ketidakserasian dalam bekerja dengan individu dan integrasi diri dengan orang lain seperti ibu bapa dan rakan-rakan (Sidek Mohd Noah, 2002).

Pengenalan

Merupakan suatu bidang kaunseling yang khusus bagi membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Selain itu, kaunseling kerjaya dilihat sebagai satu proses yang mudah dalam membantu individu membuat keputusan yang tepat berkaitan kerjaya yang dipilih oleh mereka. Apa yang penting adalah supaya perkara ini dapat dicapai bagi membantu individu itu mengenali diri sendiri dan mengetahui maklumat lanjutan berkaitan kerjaya pilihan mereka. Justeru itu, penggunaan ujian dan inventori oleh kaunselor seiring dengan perkembangan ilmu psikologi telah berjaya membantu individu memilih kerjaya yang sesuai dengan ciri-ciri kendiri mereka.

Konsep

Dalam memilih kerjaya yang tepat, trait-trait diri individu perlu dikenal pasti dan turut mengkaji kerjaya yang sesuai dengan trait-trait itu. Analisis pekerjaan yang dijalankan memerlukan pendekatan saintifik yang dibangunkan khusus bagi mengkaji pekerjaan yang dipilih secara tepat. Model analisis pekerjaan ini adalah satu model baru yang diubahsuai daripada model yang diperkenalkan oleh Frank Parsons. Dengan adanya model itu, maka ujian ketepatan dalam memilih kerja yang sesuai dapat dijalankan berdasarkan trait-trait diri individu itu.
Pink Sugar
Image by Manuel Cosentino
"Pendidikan adalah senjata paling ampuh yang dapat kamu gunakan untuk mengubah dunia." - Nelson Mandela

Jutaan terima kasih saya zahirkan kepada anda semua di atas kesudian melayari laman sesawang ini. Semoga kita semua memperoleh ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk masa hadapan.

bottom of page